Friday 1 August 2014

"FACEBOOK DOWN" - SELURUH DUNIA PANIK FACEBOOK TIDAK BOLEH DIAKSES


Jika anda tidak dapat mengakses Facebook pada masa sekarang atau beberapa ketika sebelum ini, sila bertenang kerana bukan komputer atau telefon pintar anda yang bermasalah.

Facebook tidak dapat diakses oleh seluruh dunia buat masa ini dan telah menyebabkan panik berlaku di seluruh dunia, terutamanya di laman sosial Twitter.

Semua laman web facebook termasuk versi mobile mengeluarkan mesej ralat yang berbunyi "Sorry, something went wrong. We're working on getting this fixed as soon as we can.". Di aplikasi mobil pula, news feed yang baru gagal diakses.


Ada yang mengatakan Facebook digodam kerana telah menjadi satu sasaran dalam misi #OpSaveGaza

Ramai memuat status yang berbunyi "Facebook Down" dengan hashtag #facebookdown di Twitter kerana laman sosial itu tidak dapat dibuka serentak dari seluruh dunia.
Disqus Comments