Thursday 29 January 2015

7 SELEBRITI WANITA KOREA TERCANTIK TANPA PEMBEDAHAN



7 SELEBRITI WANITA KOREA TERCANTIK TANPA PEMBEDAHAN | Tahukah anda bahawa majoriti kecantikan yang anda lihat di dalam rancangan Korea rata-rata telah melalui proses pembedahan wajah demi mendapatkan rupa yang ideal dan komersial. Sememangnya menjadi kebiasaan di Korea, dinasihatkan anda janga mudah tertumpu pada kecantikan luaran. Nanti jika sudah kahwin, bila keluar anak, muka asal juga yang keluar.

1. Song Hye Gyo
Song Hye Gyo terkenal melalui drama siri Full House. Dikurniakan dengan kecantikan tanpa pembedahan, Song Hye Gyo tersenarai di dalam 16 nama artis tercantik – seluruh dunia.

2. Kim Tae He
Kami tidak tahu mahu sebut macam mana nama beliau, tapi selebriti yang juga kekasih Rain ini tidak pernah melakukan operasi plastik sedikit pun. Natural beauty namanya.

3. Jang Na Ra
Jang Nara merupakan penyanyi Korea yang cukup popular dan terserlah lagi dengan kecantikan asli miliknya.

4. Park Shin Hye
Park Shin Hye hadir dengan wajah flawless tanpa pembedahan dan mampu membuatkan rusuk kiri suami anda bergetar, awas!

5. Moon Geung Young
Ini memang comel. Moon yang telah membintangi siri televisyen Autumn in My Heart menyaksikan wajah manisnya sama sekali tidak berubah membuktikan dia tidak melakukan pembedahan untuk kelihatan cantik.

6. Lee Young Ae
Juga pernah membintangi drama Jewel In The Palace yang menaikkan namanya, kecantikan asli (bukan orang asli ya) Lee membuatkan perwatakannya penuh berkarisma dan mata. Ternyata dia memang Young sebagaimana namanya.

7. Song Ji Hyo
Bagi peminat Running Man, wajah comel ini merupakan penyeri di dalam rancangan yang mendapat sambutan tersebut. Lebih-lebih lagi, Song Ji Hyo dikatakan turut berpacaran dengan Kang Gary. Siapa peminat selebriti berwajah iras Nora Danish ini, sila angkat tangan.
Disqus Comments