Sunday 7 September 2014

Dilempang kerana tak basuh pinggan

Foto

Kasih ibu tiada gantinya tetapi lain pula halnya bila dengan ibu tiri kali ini. Seorang kanak kanak dilempang oleh ibu tirinya kerana tidak membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam. Ibu jenis apala yang sanggup naik tangan ke muka kanak kanak. 


“Saya dilempang ibu tiri seawal minggu pertama perkahwinan ayah dengan wanita itu hanya kerana tidak membasuh pinggan selepas makan malam,” kata Ina, 19, mengimbau kenangan pahitnya didera ibu tiri sejak kanak-kanak.
Menurutnya, dia mendapat ‘ibu baru’ ketika usianya baru mencecah lapan tahun selepas ibu kandungnya bercerai dengan ayahnya, dua tahun sebelum itu. 
“Ketika kejadian itu ayah tiada di rumah kerana bekerja di Singapura. Saya dilempang berkali-kali dan dimaki hamun dengan perkataan kesat, selain dituduh menyusahkan hidupnya.

“Saya juga diberi amaran supaya tidak mengadu kepada ayah atau diugut akan dipukul dengan lebih teruk. Sebab itu selepas membasuh pinggan, saya terus ke bilik tidur,” katanya.

Selepas kejadian itu, Ina mendakwa kerap dibelasah ibu tirinya yang ketika itu

berusia awal 20-an dan perkara itu berlarutan beberapa tahun, namun tidak diketahui bapanya kerana wanita itu ‘berlakon’ baik setiap kali bertemu jika bapanya pulang. 

Katanya, ibu tirinya kerap membebel kerana mendakwa diri terbeban dengan tanggungjawab mengelola rumah dan melepaskan marah dengan menjadikannya sebagai mangsa. 

“Saya dipukul menggunakan penyangkut baju dan kayu, menyebabkan luka di beberapa bahagian badan. Saya hanya mampu mendiamkan diri dan mengelak bertemu bapa kerana takut masalah ini terbongkar. 


Sumber: Harian metro
Disqus Comments