Sunday 7 September 2014

Nora Danish Terima Ancaman Rogol



Menjadi artis terkenal bukannya perkara mudah. Ini yang pastinya berlaku pada Nora Danish yang mempunyai ramai follower di instagram.


Nora Danish Terima Ancaman Rogol Di Instagram

Terbaru, Nora Danish telah menerima ancaman rogol dari salah seorang pengikut beliau dengan nama @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi laman web mStar Online melaporkan hari ini yang Nora Danish telah disarankan oleh para peminatnya untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Komen tersebut telah ditinggal di gambar menunjukkan Nora Danish sedang membonceng motorsikal bersama kekasihnya, Nedim Nazri pada Jumaat lalu.
Nora Danish bagamana pun dilaporkan tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini.
Disqus Comments