
Pelakon Nur Risteena Munim mengakui inginkan watak berlakon sebagai pelacur. Risteena agak bosan sebagai watak utama di dalam drama namun kali ini dia berpeluan untuk melakonkan watak pelacur di dalam sebuah drama terbitan TV3 dengan digandingkan Tasha Shila, memetik portal
HarianMetro.
“Alhamdulillah, perjalanan seni lakonan saya semakin berkembang dan tidak dinafikan banyak tawaran berlakon saya terima. Walaupun sering mendapat watak perempuan baik-baik, saya tetap berpeluang mencuba watak mencabar.
“Selain diberikan watak antagonis dalam drama bersiri terbaru TV3 untuk Slot Aksi berjudul Plan B, saya tidak sabar untuk ke lokasi penggambaran drama TV3 untuk membawa watak sebagai pelacur.
“Ini watak yang sudah lama saya impikan. Walaupun saya tahu watak ini sangat sukar, saya mahu mencabar diri untuk menjadi pelakon serba boleh. Namun, saya tetap menjaga batas supaya watak pelacur ini tidak disalahertikan penonton,” -Risteena