Ada sebuah sisipan akhbar mingguan mendakwa yang pelakon Wan Sharmila bakal berkahwin pada September ini dengan buah hatinya yang berkerjaya sebagai seorang pilot kapal terbang.
Namun Wan yang memetik portal mStar menafikan berita/khabar angin itu. Dia menegaskan tiada aktiviti perkahwinan pada tahun ini.
Wan yang kini hidup bersendirian setelah bercerai talak satu pada Oktober 2009 yang lalu.
"Jujur saya terkejut kerana hanya tahu mengenai perkara ini apabila awak bertanya soalan itu kepada saya dan belum sempat membeli akhbar sebab sekarang ini saya berada di lokasi penggambaran.
"Apa-apa pun cerita itu tidak benar dan saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini,"
"Maafkan saya kerana tidak boleh menjawab soalan itu (mengenai buah hatinya) kerana saya tidak mahu bercakap soal peribadi,"